Pentingkah Kesihatan Organ-organ di Kepala?

Mengapakah kita perlu menjaga organ-organ di kepala? Apakah organ-organ di kepala tersebut? Bagi mengetahui terlalu pentingnya organ-organ tersebut, perlu kita baca selanjutnya…

Bagaimanakah caranya menjaga kesihatan organ-organ di kepala?

Ramai yang sambil lewa sahaja tentang cara menjaganya. Ada yang tidak prihatin dengan organ-organ berkenaan. Jadi bagaimanakah cara menjaganya?Cara menjaga kesihatan organ-organ di kepala seperti otak, mata, telinga, hidung dan sinusnya serta gigi dan mulut adalah dengan menyihatkan kepala. Antara cara yang dapat dilakukan adalah bersujud kerana ia mampu memperbaiki aliran darah dalam kepala. Selain dari pada bersujud cara lain adalah mengurut telinga sewaktu berwuduk. Ini membaiki aliran chi ke semua organ. Kedua-dua kaedah ini bukan hanya mencegah malah membantu menyembuhkan pelbagai penyakit.

Jadi fikir-fikirkanlah merawat serta menjaga kesihatan organ-organ di kepala yang tidak memerlukan wang ringgit hanya dengan peka dan prihatin diri sendiri dapat menjaga kesihatan tersebut.

Disedikan oleh: Dk Noor Hasibah binti Pg Hj Ahmad

(Dipetik dan disesuaikan dari: 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah, ms:78)