Beranikah main kasar?

Suatu hari, di sebuah penjara, diadakan pertandingan bola sepak antara anggota polis menentang banduan yang ditangkap kerana kesalahan mencuri dan menyeluk saku. Apakah strategi yang digunakan banduan-banduan tersebut untuk menentang pihak lawan?  Beranikah mereka main kasar dengan anggota polis dalam pertandingan bola sepak tersebut?

Ikuti kisah selanjutnya…

Semasa waktu rehat separuh masa, pihak polis telah mendahului jaringan 3-0. Jurulatih dari pasukan banduan marah kepada para pemainnya gara-gara kekalahan di dalam separuh masa pertama.

Jurulatih: Bodoh! Tak ada otak! Lawan pihak polis pun tak reti? Takkan kamu semua ini cuma tahu mencuri dan menyeluk saku saja!.

Pemain    : Kalau macam ini caranya,  lebih baik kita semua main kasar. Janji kita boleh sumbat gol dan menang!

Jurulatih : Eh, mana boleh main kasar macam itu?

Pemain     : Tak apa. Saya boleh jamin, Walau kita kasar pun pengadil takkan bagi kita kad kuning atau kad merah!

Jurulatih  : Eh, kenapa pula?

Pemain      :  Tengok ni… Hahah… aku baru saja curi kesemua kad pengadil termasuk wiselnya sekali!

Pengajaran dari cerita ini ialah perangai lama tidak dapat ditinggalkan kerana ia sudah sebati dengan dirinya.

Disediakan oleh :

Hjh Milakarmilah bte Hj Matamin

(Dipetik dan disesuaikan dari : Mastika November 2011, ms : 48-49)

Leave a comment