Mengapa demonstrasi harus menjadi pilihan?

 

Melalui corong-corong radio dan televisyen kedengaran berita tentang demonstrasi yang giat dijalankan di beberapa buah negara oleh sesetengah umat Islam yang marah dengan penyebaran video yang menghina nabi Muhammad SAW. Mereka yang marah terhadap video tersebut telah bertindak menembak Christopher Stevens, Duta AS di Libya dan tiga lagi rakyat AS di bangunan kedutaan itu di Benghazi selepas diserang beribu-ribu penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan. Sementara itu, di Kaherah, Mesir, hampir 3,000 penunjuk perasaan yang kebanyakannya penyokong pergerakan Salafis berkumpul di Kedutaan AS untuk menyuarakan bantahan yang sama.

Filem, Innocence of Muslims, arahan Sam Bacile, 52, dari California, yang disiarkan dalam laman YouTube dengan menggambarkan Nabi Muhammad pernah tidur dengan ramai wanita, pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama telah mencetuskan tunjuk perasaan. Filem tersebut turut dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti Islam, Terry Jones, yang pernah mencetuskan kontroversi cuba membakar al-Quran untuk berkempen membenci Islam di AS.

Continue reading